Ads



Saturday, 15 November 2014

Persedian ke Asrama/Kamsis

OHOOIIII..
ahhh... Lepas 6 bulan duduk kat kamsis, akhirnya aku keluar jugak dari situ. Aku memang tak suka sangat duduk kat asrama, boringgg, macam penjara T_T.

Ni bagi budak budak sem 1 yang akan duduk kat kamsis nanti for budak politeknik, ni nak bagi tips and yada yada yada.





Aku dulu masuk poli last minute, esok nak pergi daftar malam tu la terkial kial carik barang. T_T bengong kan aku tapi kalu korang tgh baca ni bertuah ah korang. T_T (bape byk kali aku nak nangis ni)

Barang-barang yang diperlukan :-

Biasa la barang nak mandi, toileteries.

  • Berus Gigi
  • Gayung
  • Baldi
  • Bakul Kecik
  • Sabun Mandi
  • Shampoo
  • Tuala
  • ape ape la yang patut
Barang untuk tidoooo



  • Selimut
  • Bantal
  • Cadar (Prepare satu dulu, sebab nanti dia bagi cadar tapi kadang kadang habis stock, kang kau takde tidur la korang kat tilam buruk tu)

Baju dan sekutunya


Bagi baju ni, aku budak bisnes so pakaian aku mostly formal macam baju kurung and dress. Depends on course korang. Kalau budak enginering pakai baju t-shirt je pun takpe. Takde dress code.

Perempuan



  • Baju kurung bawak la sebanyaknye (Atleast bawak 7 helai)
  • Baju Kemeja and Slack for non muslim
  • Baju kecik dan keluarganye
  • Kain Batik (buat pegi mandi)
  • Skirt Panjang (mane tau korang nak pakai skirt bole je)
  • Stokin
  • Baju sukan putih / t-shirt lengan panjang yang labuh (T-shirt biasa yang sopan, Aku kat Shah Alam Muslimah skit)
  • Kasut sukan
  • Seluar sukan (sopan ehh jangan yang kotat kotat pulok)
  • Kasut harian (Bertutup) (Lantak la korang nak pakai kasut pe)
  • Selipar
  • Telekung 
Lelaki (base on what i observed)(benda yang must have)





  • Baju melayu (buat pergi masjid / pusat islam)
  • Baju Formal ( Kemeja, Slack, Kasut Kulit Hitam) (tapi kalu tak pakai kulit pun takpe, sneakers pun boleh)
  • T-shirt Berkolar
  • enta la tgk list yang diorang bagi

Masa Pendaftaran

Hahaha, masa pendaftaran base on my experience.
Nanti kalau korang nak senang hidup, tak susah susah buat la bende ni eh

First thing,


Pakaian mesti formal and sopan. 
  • Baju kurung, kemeja tu mesti la. Kasut bertutup, kalau nak skema pakai kasut hitam.
Korang kene buat medical check up kan? 
  • Nanti dia bagi x-tray film, tak payah bawak masa pendaftaran dia tak tengok pun, aku tengok dulu dok usung x-tray tu ke sana ke sini (dah lah besar) tapi tak guna pun, dia nak tgk surat dari doktor je. :)

Bayar duit yuran siap-siap,

  • Sila lah rujuk di kertas yang dihantar kat korang nanti.
  • Yuran koperasi boleh bayar time daftar nanti.

Dah nanti siap daftar, ambik baju bagai pastu check in kamsis.

Kalu masuk bilik first boleh pilih katil dulu. Hahaa


Minggu Suai Kenal or MSK

Aku rase MSK ni minggu neraka la, korang akan always jalan sane sini, so kasut is important! Bagi girls, jangan pakai flat, nanti melecet. Banyak budak pakai flat kaki diorang melecet. Pakai kasut yang lembut for berjalan banyak, flat senang rosak, tapak nipis, nanti tercabut la ape la. Aku dulu pakai kasut sekolah je. Bukan aku sorang je, banyak lagi budak pakai. So jangan la malu malu

Makan free (tak tau la sedap ke tak)

Hari hari kene bangun awal pergi solat subuh, so bangun awal mandi, pkul 4 slalu budak dah bangun. Pukul 5 dah berlambak pegi mandi, so pandai pandai la ye.

Always bawak dokumen yang penting pergi mane mane. Mane tau tetibe diorang nak tengok bende bende camtu.


Barang yang bole bawak pegi sana (Barangan Elektrik)

  • Barang elektrik ni leceh sikit. Kalau kita over use kat asrama, mau satu block blackout. Nanti, akak senior bising la, habis di spot check semua bilik
  • Electric kettle (nak buat minum minum ke, makan meggi ke)
kalau kaya skit bole bawak yang ni (carik yang save energy, ade sticker macam tu)


  • Extension wire yang ade 3 soket (tak boleh lebih, nanti blackout)

  • No hairdryer atau periuk nasi ke jadah (nanti blackout jugak)
  • Satu barang elektrik tu tak bole lebih 240v nanti BLACKOUT SATU ROW BILIK.
  • Seterika
  • Nak bawak radio boleh tapi dengar guna headphone huwa huwa. 
  • Nak bwak speaker gabak pun boleh tapi jangan sampai warden dtg ketuk pintu la e. (kesian skali ngan jiran korang nanti, nak blaja tak bole)
tu je kut, oh barang elektrik tak bole lebih 7 barang ( tujuh barang tu termasuk roomate koranng)


Tips

Kalau budak budak IPT ni megi mesti ade kan? Megi kalau nak makan jangan makan selalu, rambut boleh gugur. Aku dulu rambut banyak gile gugur, macam orang sakit tau. Tarik je rambut, dah 5 helai tercabut. Dalam bilik tu, kalu dikumpul, bergumpal gumpal tau takkk. Gross

Kalu boleh, cari la alternatif lain, makanan instant yang elok sikit, bubur ke ape ke. 


ha ni antara alternatifnye, sedap gak makan ngan roti :) satu kotak RM3 banyak perise

Minggu Kuliah  (Korang dah masuk kelas la gitu)

Kalau kelas pukul 8, bangun pkul 6 bagi yang nak solat lagi. Budak awal slalu bangun pkul 6 or 6.30, budak banyak bangun mandi pukul 7. So kalau mandi time tu kena beratur sikit la.
tu je kut tips nak ke kelas. hehe

tu je kut yang aku bole share, kalu ade yang tak paham tanye tanye la.

2 comments:

  1. Nice! I`m a matriculation student from Kolej Matrikulasi Banting, Selangor.Amazing tips and guides! Hope to hear more from akak :)))

    ReplyDelete
  2. Nice! I`m a matriculation student from Kolej Matrikulasi Banting, Selangor.Amazing tips and guides! Hope to hear more from akak :)))

    ReplyDelete