Ads



Friday, 10 June 2016

TIPS BERGUNA BAGI BUDAK IPT DALAM MELAKUKAN ASIGNMENT!


Sebagai pelajar Universiti dan Kolej, assignment itu adalah benda yang mesti dan wajib kita akan lakukan. Sebagai pelajar IPT yang berpengalaman aku nak share sikit tips yang akan membuatkan hidup korang di IPT lebih senang dan assignment korang gerenti dapat A. Hahaha tak lah A depends gak.


ANTIVIRUS

Bagi yang mempunyai laptop dan komputer noob macam aku, silalah install antivirus kat laptop korang demi masa depan yang cerah dan aman. Aku tau antivirus mahal tapi for the sake of your future assignment better pasang satu. Kongsi kongsi lah beli ngan kawan korang. 

Kaspersky untuk 3 PC dalam RM100 camtu, bahagi lah 3, rasanya lagi murah kalau beli yang just untuk 1 PC (IKLAN TANPA BERBAYAR LOL)


Kenapa aku suruh pasang antivirus?

  • Banyak kawan aku suka simpan barang kat pendrive, Lagi lagi yang takda laptop. Pastu pergi cucuk dekat laptop kawan yang takda antivirus, dan laptop diorang penuh dengan virus. Apa jadi lepas tu? Assignment diorang hilang di serang virus dan tak boleh di recover balik. Esok pulak nak hantar assignment. Menangis tak berlagu la deme... Pasang lah, nanti pendrive orang lain tak musnah dek laptop korang yang penuh virus tu.

  • Satu lagi, bagi korang yang takda printer mestilah nanti kena pergi kedai print kan? Kalau kedai yang tak install antivirus, bersedia lah pendrive korang kena masuk virus mak nenek datuk virus dalam pendrive tu. Bila dah ada virus, assignment korang hilang. Macam mana nak print lol? Kalau bertuah dapat print, kalau awal awal semua hilang. Pandai pandai lah dik oii.


SHORTCUT VIRUS REMOVER

Virus Shortcut antara virus common yang korang akan dapat dalam proses menyiapkan assignment korang. Virus ni aku selalu dapat dari kedai printer. Tapi jangan risau, virus ni paling tak berbahaya kot?


Shortcut Virus ni apabila semua file jadi shortcut dan tak boleh dibuka atau dia hide semua file. So apabila korang buka folder korang kosong je. Kalau tak tau panik lah. "WEHHH FOLDER AKU HILANGGGG!"



Boleh tengok link ni untuk download and belajar camna nak guna. [KLIK LINK NI]


PENDRIVE

Pendrive ni must have untuk setiap pelajar, kalau takda orang tu deserve penampar sebijik kat muka. Menyusahkan orang, pendrive pun takda pastu pinjam orang punya menjahanamkan sekali. LOL. Pendrive ni atleast ada 2 biji paling koman.



Beli pendrive yang jenis macam ni, tak senang patah. 
 
  • Pendrive untuk Dokumen penting.

Beli yang ada boleh letak password dekat file korang (demi mengelakkan kecurian assignment)   
  
  • Pendrive For Sacrifice
Beli satu pendrive untuk dikorbankan masa raya haji nanti. LOL just kidding, pendrive untuk dikorbankan ni untuk korang cucuk dekat laptop laptop member korang yang ada virus atau mempunyai status yang mencurigakan. Juga time masa nak print kat kedai mana mana seperti mana yang aku cakap kat atas. Better safe than sorry. Guna pendrive yang murah and berkualiti macam jenama Sandisk ni (lagi iklan tanpa berbayar lol) RM10 je dapat lah 8GB busuk busuk pun.



PRINTER


        Antara benda yang kau patut invest semasa alam IPT ini. Senang untuk print macam macam. Especially bagi budak budak yang selalu buat kerja last minit atau siapkan kerja last minit (weh tak sama ke dua dua tu?) Aku kadang siapkan assignment last minit jugak lah, lagi lagi report yang berpuluh pagenya. Kadang buat all nighter nak siapkan sisa sisa yang tak siap lagi. Kalau nak print kat kedai, pukul 11 dah tutup dah. Kalau ada printer tenang sikit nak print nanti. 

       Banyak classmates aku tak sempat nak print report diorang padahal esoknya nak hantar tu. Sebab malam tu diorang tak siap lagi. Nak print esok gamaknya tak sempat, pagi pagi dah ada kelas. So banyaklah kes report tak siap di print yang boleh mengundang kemarahan lecturer yang bakal menyebabkan markah markah dipotong.

Canon punya printer antara yang paling murah dan ink dia pun murah dari jenama lain. Okey lah untuk print biasa biasa. Kalau kaya bolehlah beli yang laser jet ke apa. Tapi tak penting pun tu. Tak yah nak lase jet sangat. Lect tengok sekali je pun.

Untunglah roomate aku, tinggal ngan aku. Diorang tak pernah ada masalah dengan assignment diorang hasil dari bimbingan aku (Dapat markah tinggi pulak tu, damn). 


Tu je kut antara tips yang aku boleh turunkan kat adik adik junior ku sekelian. Semoga kehidupan kolej dan Universiti anda berjalan lancar dengan tips yang akak yang baik ni bagi. Okey! bai..





3 comments:

  1. amboi...amboi...amboi........dan AMBOI...sedap nya ayat akak...

    ReplyDelete